Powered By Blogger

Tuesday, October 30, 2012

spa siput babi

Tidak sanggup rasanya jika membayangkan diri sedang menjalani rawatan seperti ini. aigooo  geli bila membayangkan diri sedang berbaring sambil berpuluh-puluh siput babi bergerak di atas tubuh anda! yuckkksssss. kalu kasi free pun tetap taknak!

Klinik kecantikan dan spa di seluruh Amerika Selatan dan Korea Selatan kini beralih kepada ekstrak siput yang dipercayai baik untuk kulit, rembesan siput melindungi kulit daripada luka, bakteria, dan sinar UV yang kuat, selain menghapuskan sel-sel mati dan menjana semula kulit.




Itu tentang ekstrak siput, berbeza di satu salon kecantikan di bandar raya Krasnoyarsk, Siberia Rusia memutuskan untuk meletakkan siput ke atas muka pelanggan mereka kerana pergerakan siput mengeluarkan lendir yang dikatakan baik untuk kulit dan idea ini datang daripada petua Greece purba di mana Hippocrates menggunakan siput yang dihancurkan dan dicampur dengan susu masam untuk merawat keradangan kulit.

No comments:

Post a Comment