Powered By Blogger

Tuesday, October 30, 2012

aaron aziz masuk hospital


Aaron Aziz pelakon lelaki popular telah dimasukkan ke hospital pagi kelmarin berikutan demam teruk dialaminya sejak beberapa hari lalu.
Berita tentang Aaron Aziz masuk wad itu disahkan oleh isterinya, Diyanah Halik melalui laman mikro Twitter, hari ini. Menurut Diyana, Aaron mengalami demam yang agak teruk akibat pneumonia.
Bagaimanapun, selepas menerima rawatan, suhu badan Aaron dilaporkan sudah turun sedikit. Pneumonia merupakan jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh berlaku akibat demam.
Sebelum ini, Aaron di katakan mengalami batuk namun beliau enggan menerima rawatan (mungkin anggapan hanya batuk biasa).
“Sebelum ke Cape Town, memang dia dah batuk dan sakit sikit, mungkin waktu filming Promo basah for the whole day. Him being him tidak akan ke doktor!” kata isterinya menerusi laman twitter.
kudinstory

No comments:

Post a Comment