Powered By Blogger

Tuesday, October 30, 2012

Pemain Kelantan Afiq digilai dan dituduh lah pulak... haha


KL, 29 OKT 2012: Jika sebut nama pemain pasukan Kelantan, peminat selalunya sudah sinonim sangat dengan penjaga golnya iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau Apex yang digilai ramai wanita.

Malah, selain Apex, seorang lagi pemain Kelantan yang sudah berumah tangga iaitu Farhan Mohamad turut mendapat perhatian ramai apabila dia dipilih menjadi penghias kulit sebuah majalah popular tempatan.



Ianya bukan serkap jarang Murai Batu saja tau. Sebaik saja Kelantan diumum pemenang Piala Malaysia baru-baru ini, teman Murai Batu ada ternampak Farhan terus diserbu peminat untuk mendapat tandatangannya di majalah yang terpampang foto wajahnya itu.

Kelas Farhan, dah berkahwin pun saham masih naik juga. Selain dari Farhan, seorang lagi pemain Kelantan yang menjadi pujaan ramai adalah Afiq Azmi.

Sungguhpun Murai Batu diberitahu Afiq atau nama sebenarnya Mohamad Afiq Azmi, 23, adalah pemain Kuala Lumpur yang dipinjamkan ke pasukan Kelantan, dia berjaya mencuri perhatian dengan aksi cemerlang sewaktu bersama Kelantan sepanjang Piala Malaysia 2012 berlangsung.

Malah, menerusi populariti yang ada pada pasukan Kelantan, Afiq sudah berjaya menempatkan diri menjadi pemain bola sepak tempatan yang popular. Tambahan pula, Afiq seorang lelaki yang kacak , tinggi dan mempunyai susuk tubuh yang sesuai menjadi model antarabangsa.

Walaupun belum kenal lebih rapat siapa sebenarnya Afiq, Murai Batu diberitahu bahawa Afiq bukan saja dipuja peminat wanita. Malah, setiap kali gambar dan cerita tentang dirinya disiarkan di mana-mana laman web, ada saja kritikan yang menuduh Afiq ini adalah lelaki homoseksual (Gay).

Mungkin tuduhan ini dibuat hanya bersandarkan wajah jejaka yang berasal dari Kangar, Perlis ini boleh dikategorikan jambu.

Selain dituduh mempunyai selera songsang, Murai Batu difahamkan Afiq sudah tidak lagi single dan available kerana dia sudah pun mempunyai kekasih hati. Ia terbukti apabila sebuah blog anak tempatan telah menyiarkan foto mesra Afiq bersama wanita bertudung yang tidak dikenali identitinya.

Apa kes pun, Murai Batu kenalah menantikan jawapan dari Afiq sama ada wanita itu benar-benar kekasihnya. Jika benar, mungkin ramai juga gadis-gadis yang mula menyukainya hilang minat kerana dia sudah ada awek. Murai Batu pun nak tahu juga reaksi Afiq apabila dia dituduh gay.

MURAI BATU: Tengok t-shirt V-Neck teringat isu berkaitannya. Boleh diguna pakai atau tidak?

Sumber: Murai.com.my

No comments:

Post a Comment