Powered By Blogger

Tuesday, October 30, 2012

ACAi BERRY......(bahAYA UNTUK KESIHATAN)

KUALA LUMPUR: Tiga salun kecantikan digempur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 

selepas dikenal pasti menjadi ejen menjual ‘herba ajaib’ yang dipercayai mampu 

menurunkan berat badan antara 10 hingga 15 kilogram dalam tempoh kurang daripada 

sebulan.

Lebih memeranjatkan apabila siasatan mendapati pil herba pelangsing badan yang 

ditawarkan mereka itu diseludup masuk k

e negara ini melalui taktik membuat pengisytiharan palsu ketika melepasi pemeriksaan 

Kastam Diraja Malaysia (KDRM).



Tambah menakutkan apabila kandungan pil yang dikatakan dihasilkan daripada sejenis 

herba terpilih kononnya berasaskan buah acai berry itu dicampur racun Sibutramine yang 

boleh membawa maut dan penyebab sakit gila.


Timbalan Pengarah Farmasi (Kuatkuasa) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jaafar Lassa 

berkata, serbuan jam 11.30 pagi semalam dilakukan serentak di dua salun kecantikan di 

Kota Damansara dan Shah Alam manakala satu lagi di Terengganu.


“Ketiga-tiga pemilik salun terbabit menyeludup produk berkenaan melalui China sebelum 

dipasarkan kepada pelanggan di seluruh Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada suri 

rumah, kakitangan kerajaan dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya.

Beliau berkata, mereka menjalankan perniagaan secara atas talian dengan membuat 

pengiklanan melalui laman facebook sebelum mengepos pesanan pelanggan mereka 

menggunakan pos laju.


“Produk yang mengandungi 30 pil berbentuk gel bagi pengambilan selama sebulan ini 

dijual RM70 hingga RM120 sebotol.


“Mereka yang dipercayai sudah bergiat aktif sejak setahun lalu mengaku mampu meraih keuntungan lumayan iaitu RM50 sebotol,” katanya.

Difahamkan, seorang daripada pemilik terbabit menggunakan taktik pembungkusan semula 


dengan meletakkan label syarikatnya sendiri pada produk berkenaan bagi mengelakkan ia 

dikesan pihak berkuasa.

Dalam serbuan berkenaan, lebih 450 botol pil berkenaan dengan nilai mencecah RM70,000 

dirampas termasuk produk tidak berdaftar yang lain dipercayai pil vitamin mengandungi 

racun Dexamethasone dan Hydroquinone untuk mencerahkan kulit.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19 





No comments:

Post a Comment